|
e-Akademia
Kandungan e-Akademia adalah seperti Isu-isu hangat, Ruangan
Bicara Profesor, New Beginnings (maklumat dari Prof. Madya atau
pensyarah baru), Retorika Semasa, Info PPAUPM atau happenings, Book
Reviews, Letter to Editor / Your Speech serta Makan Angin iaitu
seksyen pengalaman berseminar di luar negara (ruangan untuk ahli
baru).
Sila klik
di sini bagi mendapatkan naskah online e-Akademia anda.
INFOKINI RINGKAS
- PPAUPM telah memohon kepada
pihak Pendaftar supaya menimbang
dan memajukan permohonan kepada JPA supaya penggredan atau
kenaikan gaji pensyarah dari DS45 ke DS52 dilakukan mengikut
tempoh perkhidmatan.
- PPAUPM telah memohon agar wakil
persatuan dijemput oleh pihak Pendaftar untuk menganggotai panel
yang terlibat dalam mengendalikan Pelaksanaan Penilaian Tahap
Kecekapan (PTK) di peringkat universiti.
- PPAUPM telah mendesak agar
pihak Pendaftar mengambil tindakan yang perlu untuk membolehkan
pihak JPA mengiktiraf tempoh perkhidmatan tutor yang terlibat.
- Setiap kakitangan diberikan
Cuti Mengerjakan Ibadah Haji selama 40 hari sekali dalam tempoh
perkhidmatan dan bilangan kelayakan cuti rehat pada tahun terbabit
akan dikurangkan mengikut nisbah hari bekerja.
- Mesyuarat Majlis Bersama
Jabatan antara Pendaftar dengan PPAUPM, mesyuarat bersetuju supaya
cadangan pembinaan Kompleks Akademik Pusat Fasa 2 dipercepatkan
untuk melaksanakan penjadualan kuliah.
- Kad Pintar akan diselaraskan di
bawah e-universiti. Hanya satu kad sahaja akan digunakan untuk
semua sistem yang akan dilaksanakan sama ada untuk tujuan meletak
kenderaan, pintu masuk pejabat dan sebagainya.
- PPAUPM diminta menghantar wakil
ke seminar The Role of University in Nation Building anjuran
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) pada 12
April 2003, bertempat di Rumah Universiti.
SUMBANGAN
artikel, komen, pandangan untuk dikongsi bersama bolehlah diajukan
terus kepada Editor e-Akademia menerusi email sidek@upm.edu.my
atau dihantar terus ke Pejabat Persatuan Akademik UPM. E-Akademia
adalah buletin rasmi PPA UPM yang diterbitkan dari masa kesemasa
dan info terkini dapat diperolehi dari http://www.ppa.upm.edu.my.
|
STAFF CENTRE
PPAUPM is operating from the Staff Center near Rugby field where the new restaurant is operating daily. Everybody is welcomed to visit the office. Contact number is 89467986. Enquiries can also be directed via e-mail to the Executive Committee Members at ppa@upm.edu.my

Membership
All staff of the university is eligible and encouraged to join the association. Membership forms are available either from the website, from the representative at the Faculty or from the Staff Centre. Three categories of memberships are Ordinary, Life and Associate member.
|