Persatuan Pegawai Akademik
Pusat Pegawai
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89467986
E-mail: ppa@upm.edu.my
www.ppa.upm.edu.my

 

 

 

Sekapur Sireh Presiden 

 

Selamat Datang Ke Portal PPAUPM. 


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

 

 

Alhamdulillah, Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM) telah pun memasuki tahun ke-29 dan mengalami pelbagai perubahan dalam tempoh tersebut. Bermula dari sebuah persatuan kecil pada tahun 1976, kini telah menjadi antara yang teraktif dalam kampus UPM, serta bersama-sama memperjuangkan hak dan kebajikan pegawai akademik diperingkat nasional. Kesinambungan kecemerlangan yang dimulakan oleh pengasas PPAUPM kini diteruskan. 

Setiap organisasi yang dinamik serta ingin terus maju perlu mempunyai wawasan dan matlamat sendiri. Persatuan telah pun menggubal dan meluluskan Pelan Strategi PPAUPM 2001-2010 pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.

 

Wawasan PPAUPM adalah untuk menjadi persatuan yang prihatin dan proaktif kepada kebajikan ahli dan menyokong pencapaian kecemerlangan Universiti. Sementara Misi Persatuan pula ialah untuk memastikan kewujudan suasana kondusif ke arah pembangunan dan kebajikan ahli secara berterusan untuk menyokong pencapaian misi dan matlamat Universiti. Wawasan Persatuan akan direalisasikan melalui dua matlamat dengan objektif serta strategi khusus. 

 

Usaha PPAUPM memperjuangkan hak dan kebajikan ahli serta pegawai akademik adalah selari dengan matlamat ke-5 UPM, iaitu membangunkan sumber manusia serta persekitaran kerja yang cemerlang. Seharusnya perjuangan ini disokong oleh semua pegawai akademik UPM demi mempastikan martabat profesion pensyarah diletakkan pada peringkat yang sewajarnya. Perjuangan PPAUPM pada masa lalu seperti tuntutan elaun perumahan yang seragam untuk semua pensyarah dalam Sistem Saraan Baru (SSB) telah membuahkan hasil yang dinikmati bukan sahaja ahli, tetapi semua pensyarah IPTA. Kini, isu yang diperjuangkan oleh PPAUPM dan Majlis Bersama Persatuan dan Kesatuan Kakaitanagan Akademik IPTA ialah skim perkhidmatan pensyarah Universiti dan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Sehubungan itu, setiap pegawai akademik universiti diseru untuk menjadi ahli PPAUPM untuk bersama-sama menuju kegemilangan Profesion, Persatuan dan Universiti. 

 

Dalam usaha mempastikan kebajikan staf terpelihara, Persatuan dan pihak Pengurusan Universiti berbincang isu-isu berkaitan kebajikan pegawai akademik dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Pihak Pengurusan Universiti juga telah memberi pengiktirafan kepada Persatuan dengan menjemput penyertaan wakil PPAUPM dalam beberapa Jawatankuasa peringkat Universiti, termasuk Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan, Jawatankuasa Mengkaji Semula Kriteria & Prosedur Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik, Jawatankuasa Pemilihan Anugerah. PPPAUPM telah menjadikan setiap perkara yang membabitkan perkhidmatan pegawai akademik menjadi isu yang perlu diperjuangkan dan seharusnya semua pegawai menggunakan platform yang telah disediakan. 

 

Akhir sekali setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang memberi kepercayaan kepada saya dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif untuk menerajui PPAUPM. Insya-Allah kami akan berkhidmat dengan sebaik mungkin demi mencapai objektif Persatuan. Perjuangan dan kejayaan kita adalah bersama. 

Sekian, wassalam. 
 

PROFESOR MADYA DR. MANSOR AHMAD
Presiden
 

 

 

 

 

 

 

 

STAFF CENTRE

PPAUPM is operating from the Staff Center near Rugby field where the new restaurant is operating daily. Everybody is welcomed to visit the office. Contact number is 89467986. Enquiries can also be directed via e-mail to the Executive Committee Members at ppa@upm.edu.my

 

Membership

All staff of the university is eligible and encouraged to join the association. Membership forms are available either from the website, from the representative at the Faculty or from the Staff Centre. Three categories of memberships are Ordinary, Life and Associate member.