Persatuan Pegawai Akademik
Pusat Pegawai
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89467986
E-mail: ppa@upm.edu.my
www.ppa.upm.edu.my

 

 

 

 

INFO TERKINI PPAUPM

Anugerah Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM 2005

Majlis telah berlangsung pada 13 Mei 2005 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Klik di sini bagi melihat sebahagian dari memori di hari tersebut. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

 

 

Sebahagian dari EXCO PPAUPM yang baru selesai bermesyuarat pada 15 Feb 2005 di Pusat Pegawai UPM.

 

Dr. Mansor kekal ketuai PPA

 

Prof Madya Dr Mansor Hj Ahmad dan Prof. Madya Dr. Raduan Che Rose kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PPA  bagi tahun 2005. Ahli mesyuarat sebulat suara melantik mereka bagi menerajui Persatuan Akademik UPM. Kepimpinan yang menonjol menyerlahkan dan memperkuatkan barisan exco PPA. Senarai penuh exco ada dipaparkan di laman ini. Semoga ahli-ahli PPA akan lebih aktif lagi mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Dari PPA untuk kebajikan ahli PPA.

 

 

 

>> Bengkel SCL Fasa 2 - Penyediaan Modul dan Pemudahcaraan SCL

 

Bengkel anjuran CADe akan diadakan pada 22-23 Februari 2005 di Bilik Seminar 2&3, Fakulti Ekologi Manusia UPM. Diantara objektif bengkel adalah untuk melatih peserta menulis modul SCL, dan mengetahui teknik atau kaedah pengendalikan kuliah secara SCL. Bengkel akan dikendalikanoleh PM Dr Hamdan Mohd Nor, PM Dr Salihan Siais dan PM Dr Sidek Aziz. Maklumat lanjut sila hubungi CADe UPM.

 

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28

 

Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 pada  31 Januari 2005 (Isnin) jam 10:00 pagi – 12:30 tengah hari di Dewan Fakulti Pertanian I, UPM. Jamuan Makan Tengah hari telah disediakan untuk ahli-ahli PPA.

 

 

Bengkel Pembelajaran Berpusatkan Pelajar II

Bengkel Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning - SCL) telah diadakan pada 28 Disember 2004 di Dewan Percubaan UPM, hasil kejayaan bengkel yang pertama iaitu pada 12 Oktober 2004. Objektif bengkel SCL adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar, memahami cara dan kaedah pengajaran yang berkesan dalam perlaksanaan SCL serta menjayakan SCL sebagai kaedah teras pengajaran.

 

Info Persatuan Pegawai Akademik

 

Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM) telah ditubuhkan pada tahun 1976 dengan matlamat untuk membantu memajukan kepentingan dan kebajikan staf akademik. 

PPAUPM bergerak seiringan dengan wawasan UPM untuk menjadikan universiti ini terkedapan dan bertaraf dunia dengan mengembelingan kepakaran kakitangan akademik.

 

 

Anugerah Felowship Naib Canselor (Pengajaran) 2004

 

Di UPM, Arfah telah menunjukkan keupayaan dan minat untuk membawa pembaharuan kepada kaedah P&P sejak awal  berkhidmat dan memperkenalkan kaedah P&P berasaskan komputer kepada pelajar Bacelor Perakaunan UPM sejak akhir tahun 1987.  Usaha ini bukan merupakan usaha awal dalam pendidikan Perakaunan di UPM sahaja, malah, merupakan perintis bagi penyelidikan dalam penggunaan komputer dalam P&P perakaunan di negara ini, berkemungkinan juga di rantau ini.

 

Wawasan PPAUPM

 

Wawasan PPAUPM adalah untuk menjadi persatuan yang prihatin dan proaktif kepada kebajikan ahli dan menyokong pencapaian kecemerlangan Universiti. Sementara Misi Persatuan pula ialah untuk memastikan kewujudan suasana kondusif ke arah pembangunan dan kebajikan ahli secara berterusan untuk menyokong pencapaian misi dan matlamat Universiti. Wawasan Persatuan akan direalisasikan melalui dua matlamat dengan objektif serta strategi khusus. 

 

 

 

Anugerah Felowship Naib Canselor (Pengajaran) 2004

 

Beliau yang telah diamanahkan menjadi Timbalan Pengarah, Pusat Komputer dan seterusnya di Institut Multimedia UPM. Amanah yang diberikan ini telah membuka mindanya untuk membangunkan satu sistem Pengurusan Nota Kuliah Dalam Talian yang lebih dikenali sebagai e-SPRINT pada pertengahan tahun 2000. Sistem e-SPRINT yang dibangunkan oleh beliau menjadi salah satu nadi penggerak e-Pembelajaran atau e-Learning dan diterima pakai oleh UPM dengan lebih dari 700 orang pensyarah telah mengikuti kursus menggunakan sistem tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

STAFF CENTRE

PPAUPM is operating from the Staff Center near Rugby field where the new restaurant is operating daily. Everybody is welcomed to visit the office. Contact number is 89467986. Enquiries can also be directed via e-mail to the Executive Committee Members at ppa@upm.edu.my

 

Membership

All staff of the university is eligible and encouraged to join the association. Membership forms are available either from the website, from the representative at the Faculty or from the Staff Centre. Three categories of memberships are Ordinary, Life and Associate member.