Persatuan Pegawai Akademik
Pusat Pegawai
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89467986
E-mail: ppa@upm.edu.my
www.ppa.upm.edu.my

 

 

 

 Anugerah Fellowship Naib Canselor bagi Kateori Kecemerlangan Pengajaran (2004)

 

 

Biodata Sidek Hj Ab Aziz

 

 

Di desa yang di kelilingi permatang sawah menghijau di Tanjung Karang, Selangor, lahirnya penerima pertama Anugerah Fellowship Naib Canselor bagi kategori Cemerlang dalam Pengajaran 2004.  Pada tanggal 12 Ogos 1961, beliau dilahirkan dalam keluarga pendidik dan bapanya juga menjadi sanjungan masyarakat setempat.

 

Sidek Hj. Ab Aziz mendapat pendidikan peringkat bachelor di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dalam jurusan Fizik.  Usaha gigih dan sistem belajar secara berkumpulan membuahkan hasil dengan beliau dikurniakan Pingat Emas Tengku Intan Zaharah bagi pelajar terbaik Sarjana Muda Sains dengan Kepujian pada tahun 1984.

 

Jiwa pendidik membara dijiwanya.  Beliau mula bertugas di Maktab Rendah Sains Mara, Seremban sebelum bertugas sebagai tutor di Jabatan Fizik, Universiti Pertanian Malaysia.   Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di University of Bath, England di bawah seliaan Profesor Dr. G.A. Saunders, dan telah melakukan eksperimen ultrasonic ke atas bahan-bahan pepejal seperti kaca dan bahan sebatian.  Profesor Saunders turut menjadi idolanya setelah mengikuti pengkuliahan Fizik Keadaan Pepejal.  Tempias dari situlah menyebabkan beliau turut bercita-cita mengikut jejak kecemerlangan pengajaran Mahagurunya.  Beliau dikurniakan Ijazah Ph.D. pada tahun 1989.

 

Sekembaliny beliau ke UPM, Sidek diamanahkan untuk mengajar ilmu Fizik diperingkat Diploma dan Bachelor. Monograf dan modul-modul pengajaran yang disediakan memantapkan lagi proses pengajaran. Beliau telah mengolahkan aktiviti-aktiviti pengajaran tersebut dengan pelbagai inovasi dan menjadikannya satu aktiviti yang menyeronokkan.

 

Akhir tahun 1980an, teknologi internet atau web telah memaksa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi internet telah digunakan bagi mengukuhkan lagi program pengajaran dengan tersedianya sumber-sumber pengetahuan dalam era siber. Beliau yang telah diamanahkan menjadi Timbalan Pengarah, Pusat Komputer dan seterusnya di Institut Multimedia UPM. Amanah yang diberikan ini telah membuka mindanya untuk membangunkan satu sistem Pengurusan Nota Kuliah Dalam Talian yang lebih dikenali sebagai e-SPRINT pada pertengahan tahun 2000. Sistem e-SPRINT yang dibangunkan oleh beliau menjadi salah satu nadi penggerak e-Pembelajaran atau e-Learning dan diterima pakai oleh UPM dengan lebih dari 700 orang pensyarah telah mengikuti kursus menggunakan sistem tersebut. Sistem e-SPRINT ciptaan beliau telah dianugerahkan ,Pingat Perak oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia pada tahun 2002. Sebelum itu beliau turut dianugerahkan sebagai Saintis Muda Negara pada tahun 1997 oleh kementerian yang sama atas kecemerlangan dalm bidang penyelidikan.

 

Zaman siber telah mengubah gaya kerja. Beliau menggunakan kesempatan ini dengan mengadaptasi pelbagai media untuk tujuan pengajarannya terutama sewaktu kuliah dan sesi seminar. Pembudayaan ICT oleh pelajarnya dicapai menerusi sistem e-SPRINT dan penggunaan ICT dalam hal-hal tugasan, tutorial mahupun kuiz-kuiz. Sistem Kuiz Online yang turut dibangunkannya mengunakan sistem terbuka (open source)  juga digunakan dengan tahap keputusan yang tinggi oleh para pelajarnya, baik diperingkat bachelor di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, mahupun peringkat Master di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), serta Sekolah Siswazah Pengurusan (GSM).

 

Sidek membawa resmi padi. sikap peribadinya yang sederhana dalam pergaulan, namun tegas dalam pengajaran membuatkan pelajarnya menyanjunginya. Keramahan serta mudah didekati oleh pelajar membolehkan beliau digelar “The Best Physics Lecturer” oleh Kelab Fizik UPM pada tahun 2002.

 

 

Disediakan oleh

 

Profesor Dr. Kamariah Abu Bakar

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

 

 

 

 

 

 

STAFF CENTRE

PPAUPM is operating from the Staff Center near Rugby field where the new restaurant is operating daily. Everybody is welcomed to visit the office. Contact number is 89467986. Enquiries can also be directed via e-mail to the Executive Committee Members at ppa@upm.edu.my

 

Membership

All staff of the university is eligible and encouraged to join the association. Membership forms are available either from the website, from the representative at the Faculty or from the Staff Centre. Three categories of memberships are Ordinary, Life and Associate member.